Sunday, March 28, 2010

Legacy Floria Microwaveable Serving Set


Ini adalah set Legacy Floria Microwaveable saya. Usianya lebih tua dari anak sulung saya kerana ia adalah pemberian mama saya (again) sempena  wedding  kami (2006) . Sejak berkahwin saya memang menggunakannya hampir setiap hari untuk hidangan keluarga dan tetamu. Antara sebab saya sukakan set ini


1)   Ringan
2)   Punya penutup (senang nak simpan dalam fridge)

Legacy Floria dalam fridge. Di sebelah ialah Rock and Serve (also microwaveable)
3)   Microwaveable
Kalau nak panaskan makanan dari fridge boleh masukkan terus dalam microwave

4)  Pastinya tidak pecah kalau jatuh ke lantai
Makan bersama anak-anak memang menyeronokkan tetapi haruslah bersabar dan bertahan dengan kerenah mereka. Sekejap berdiri atas kerusi, sekejap panjat meja. Jadi saya harus bersedia dengan apa-apa sahaja kemungkinan. Jika ditakdirkan ada hidangan yang tumpah saya hanya perlu bersedia fizikal dan mental (huhu..sabar..sabar..) untuk mengemop lantai tanpa perlu memikirkan untuk mengutip kaca-kaca yang bertaburan (jika makan guna set kaca)
 Penggunaan hampir setiap hari selama 3 tahun lebih

5)  Design yang elegance
Saya juga tak segan-segan nak hidangkan makanan pada tetamu menggunakan set ini di samping praktikal (kalau hidangan dah sejuk boleh masuk sekejap dalam microwave untuk panaskan)

Alhamdulillah dimurahkan rezeki bulan lepas saya beli set yang baru (kebetulan set Legacy ni ada diskaun pada bulan itu). Buat masa sekarang Tupperware hanya keluarkan set berwarna oren. Lepas ini set yang lama hanya untuk kegunaan harian dan set yang baru untuk tetamu.


Set baru yang masih dalam kotak sebab setakat ni belum ade tetamu lagi. hehehe


                                                             Gambar dari katalog


Bila my mama dapat tahu saya beli set baru, dia hadiahkan (again) lagi dua item untuk match dengan set berwarna oren saya. Thank you mama..I love u so much..

Saturday, March 27, 2010

FreezerMate

FreezerMate adalah produk Tupperware untuk penyimpanan barang-barang basah di bahagian freezer. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz untuk memudahkan anda menyimpan dalam portion yang dikehendaki.


Oleh kerana saiz keluarga saya masih kecil (dan anakanak juga masih kecil) maka saiz yang kecil amat efisyen bagi saya. Seekor ayam yang telah dibasuh saya asingkan kepada beberapa FreezerMate bersaiz kecil. Bila pulang bekerja mudah untuk saya menyahbekukan kuantiti yang perlu untuk di masak sahaja. Makan laut seperti sotong dan udang saya akan potong kecil-kecil dan terus masuukan ke FreezerMate kecil. Ikan pula sesuai dimasukkan dalam FreezerMate bersaiz leper.


Stok hujung minggu

Saiz yang lebih besar saya gunakan untuk masakan hujung minggu. Ini kerana pada hari Sabtu dan Ahad saya akan masak lauk pada waktu pagi untuk sarapan dan makanan tengahari (dan kadangkala untuk makan malam juga jika masih berbaki). Ini kerana apabila Mr Hubby keluar untuk kelas MBA nya saya memang tidak ada peluang untuk menjejakkan kaki ke dapur. Melayan anak-anak lebih penting kerana dalam usia setahun dan tiga tahun mereka masih belum faham apa yang bahaya apa yang tidak ditambah puladengan  simptom separation anxiety (si abang yang tiga tahun pun kalau saya ke dapur terkedek-kedek ikut belakang walaupun dah dipesan supaya duduk main bersama adik. Meraunglah adik bila sedar ditinggalkan seorang diri)

Antara keistimewaan FreezerMate :
  1. Specially designed base prevent slipping. Rounded corners and recessed bottoms allow cold air circulation   around stackable container for fast freezing
  2. Clear window allow for fast identification of content
  3. Flexible seal with tab for easy removal


VIDEO DARI YOUTUBE

Wednesday, March 24, 2010

Cara penyimpanan Tupperware.

Bagaimanakan anda menyimpan Tupperware yang tidak digunakan di dalam kabinet ?. Cara penyimpanan ini mungkin berbeza bagi setiap orang. Apa yang hendak saya kongsi di sini ialah cara yang saya lakukan.

Untuk penyimpanan saya akan mengasingkan penutup dengan body Tupperware (mungkin ada yang prefer untuk sekalikan..terpulang pada individu). Ini adalah untuk pengudaraan bagi mengelakkan bau yang mungkin kurang menyenangkan jika penyimpanan terlalu lama.


Tanpa penutup Tupperware akan lebih "stackable" dan menjimatkan ruang.


Penutupnya pula saya susun  di dalam satu bekas di bahagian kabinet bawah. Mudah untuk di cari.
 


Salt N Spice Set

Salt N Spice Set seperti namanya sangat sesuai untuk menyimpan garam atau rempah ratus kering yang digunakan setiap hari (Rempah ratus yang jarang-jarang digunakan lebih sesuai di simpan dalam Modular Mates)


Saya sangat suka kerana saiznya just nice untuk sepeket garam bukit Halagel (400gm) pilihan saya. 


Mudah untuk dibuka. Tekan sahaja penjuru hujung penutup

Selain itu juga saya gunakan untuk menyimpan susu pekat (just nice untuk 1 tin susu 400 ml). Tapi tiada gambar buat masa ini kerana susu pekat memang jarang-jarang digunakan di rumah kami.

Seorang kawan saya pernah memberitahu dia menyimpan kunyit serbuk di dalam Salt N Spice Set. Katanya sangat mudah kerana hampir setiap hari dia menggunakan kunyit serbuk untuk masakan (hubby dan anak-anaknya suka lauk berasakan kunyit seperti sotong goreng kunyit, ayam goreng kunyit , masak lemak dan lain-lain). Tak perlu susah-susah nak buka penutup untuk ceduk kunyit dan kemudian terlupa di mana dia letakkan penutup bekas itu (kalau dah kelam kabut di dapur macam-macam boleh jadi kan. Dia ini sungguh ibu Mithali. Setiap hari masak makan malam sendiri walaupun penat bekerja). Saya sudah ingatkan padanya bahawa "stains" tidak cover di bawah Tupperware Lifetime Guarantee. Dalam erti kata lain jika tupperware anda kekuningan kerana disimpan dengan makanan berasaskan kunyit (sebagai contoh) anda tidak boleh menukarnya (boleh rujuk pada halaman Tupperware Lifetime Guarantee di dinitupperwarekiosk). Tapi kawan saya ini tidak kisah. Katanya Tupperware boleh dibeli lain bila-bila masa. Yang penting dia selesa untuk menyiapkan hidangan buat keluarga tercinta.

OT Topper dan OT canister (Part 2)

OT Topper dan OT Canister secara kelazimannya berwarna biru muda

Gambar dari catalogue

Tapi adakalanya production dihasilkan  (normally limited release) dengan warna mengikut perayaan atau tema tertentu..

CNY Blossom sempena CNY 2010

CNY Blossom ni saya beli agak banyak untuk stok dan kegunaan sendiri sebab saya suka corak bunganya. Ada juga yang saya hadiahkan pada rakan sempena sambutan hari lahir. Isikan dengan cookies dan balut dengan organza. Diserikan dengan ikatan reben yang ringkas. Tadaaaa...dah siap hadiah yang buat penerima tersenyum sampai telinga..


Topper dan Canister hijau pucuk pisang ini pula production sempena Aidilfitri 2009. Saya beli untuk mengisi stok homemade cookies dan kerepek-kerepek. Lepas raya guna untuk mengisi barang-barang kering (susu anak, biskut dan lain-lain). 

Antara koleksi dari bujang sampai beranak dua. Di sebelah kanan adan OT Topper Small bertemakan watak kartun Magadascar


Garlic-N-All Keeper

Ini adalah Garlic-N-All Keeper kepunyaan saya yang saya beli dengan duit sendiri (Ada sebab ya kenapa saya tulis beli dengan duit sendiri). Saya gunakan untuk menyimpan bawang, bawang putih dan juga ubi kentang. Antara ciri-cirinya 

  1. Innovative, angled lid allows for easy retrieval. Containers stack up modularly to save space
  2. Transparent walls let you identify contents quickly
  3. Innovative storage that keeps creepy crawlies out
  4. Ventilated lid allows air to circulate to minimise condensation and odour problems
(source : Catalogue Tupperware)



Gambar di bawah pula ialah set Garlic-N-All Keeper milik saya tapi bukan dibeli dengan duit sendiri. Ia adalah sumbangan mama saya sempena hadiah masuk rumah baru (Alhamdulilllah kami berpindah ke rumah sendiri September 2009)


Set pemberiannya mama saya tutupnya berwarna merah dan agak besar sedikit. Mungkin pada entry yang lepas atau entry-entry akan datang anda akan banyak kali melihat perkataan "pemberian mama saya". Ya...saya harus berikan credit kapada mama saya yang tersayang kerana boleh dikatakan separuh koleksi Tupperware saya ialah pemberian darinya. Mama saya pengguna dan konsultan Tupperware sejak awal 80an. Bukan saya meminta-minta (tambahan lagi bila dah bekerja punya wang gaji sendiri). Tapi setiap kali pulang ke Taiping atau bila mama datang melawat kami di Subang ada sahaja Tupperware baru yang dia bagi. Bila saya nak bayar ada saja alasan dia menolak. Ini hadiah masuk rumah la, hadiah besday saya la, hadiah untuk cucu-cucunya lah dan lain-lain (Oh ye, rice dispenser Tupperware berwarna putih di tepi itu juga pemberian my mama sempena my wedding pada tahun 2006 sebab itu designnya berlainan dengan rice dispenser sekarang)

Berbalik kepada Garlic-N-All Keeper, oleh kerana saya telah punya 1 set untuk menyimpan bawang dan kentang, maka set kedua ini saya gunakan untuk menyimpan instant drinks seperti 3 in 1 milo, Radix HPA, instant oat dan lain-lain. 


Mudah untuk mengenalpasti kandungan di dalamnya dan lebih teratur. Milo dan Oat saya masukkan dalam satu bekas sementara Radix dan lain-lain dalam satu bekas. Kadangkala bila study  sehingga lewat malam hubby suka turun ke dapur untuk buat minuman panas sendiri. Senang sikit dia nak cari minuman pilihannya ( you know guys. Kalau cari barang tak jumpa boleh sepah satu dapur..hehehe)

OT Topper dan OT canister (Part 1)

OT topper dan OT canister adalah salah satu produk favourite saya . Ini kerana ciri utamanya kedap udara. Walau bagaimanapun untuk memastikan produk ini kedap udara, seal perlu ditutup dengan betul. Bagi pengguna tupperware buat pertama kali pasti anda akan merasa sedikit kesukaran untuk menutupnya. Dan ada kalanya anda tidak sedar bahawa anda tidak menutupnya dengan sempurna dan hasilnya "masuk angin" dan merosakkan apa yang di simpan di dalam. 

Saya menyedari hal ini apabila pertama kali mengisi susu formula anak lelaki saya (3 tahun) untuk diserahkan pada nurseri. Dalam 2 hari selepas itu penjaganya memberitahu saya "Kak minta maaf. Susu masuk angin. Saya tak perasan tutup tak betul". Walaupun rasa sayang susu yang baru dibeli dah masuk angin tapi Alhamdulillah penjaga itu jujur memberitahu saya . Dan salah saya juga tak explain cara yang betul nak tutup OT Topper yang diberi

Untuk memastikan ditutup dengan betul dan mudah , anda perlu mencari TIGA ANAK PANAH yang terletak di atas seal OT Topper 


Setelah kedudukan seal betul di atas Topper, tekan titik tengah pertemuan ketiga-tiga anak panah ini menggunakan ibu jari  sehingga anda terdengar bunyi 'tap'. Ini menandakan Topper telah ditutup sempurna (boleh check sekeliling seal kalau nak pastikan)

Selain itu juga OT Topper mempunyai ciri ' liquid- tight'. Secara teorinya saya tahu dari mama saya (pengguna tegar Tupperware since 80an) dan secara praktikalnya saya pernah mengalaminya baru-baru ini. Kebiasaannya saya akan menyimpan lebihan sup anak-anak pada malam hari di dalam Tupperware untuk dimasukkan dalam fridge. Suatu pagi (Sabtu) di saat saya sedang kelam-kabut di laundry area di belakang tak perasan ada kucing berkaki dua (my beloved son hehehe) membuka fridge mencari sup kegemarannya. Mungkin bila dah dapat sup yang dicari , tiba-tiba dia terdengar lagu permulaan siaran TV kegemarannya (Jim Jam and Sunny Astro Ceria) berkemundang di TV. Terus dia tinggalkan sup dan berlari ke atas. Apabila saya melangkah ke dry kitchen yang saya nampak ialah pintu peti ais yang terbuka luas, suara Aqil menyanyi-nyanyi bersahut-sahutan dengan suara Dini di ruang tamu atas dan OT Topper Junior berisi sup yang tertonggeng di depan pintu peti ais .
Gambaran semula posisi OT Topper Junior yang ditinggalkan Aqil

Aduh...mujurlah mama guna OT Topper nak. Kalau tak tak pasal-pasal nak mengemop lantai dry kitchen yang di basahi sup.