Wednesday, March 24, 2010

OT Topper dan OT canister (Part 1)

OT topper dan OT canister adalah salah satu produk favourite saya . Ini kerana ciri utamanya kedap udara. Walau bagaimanapun untuk memastikan produk ini kedap udara, seal perlu ditutup dengan betul. Bagi pengguna tupperware buat pertama kali pasti anda akan merasa sedikit kesukaran untuk menutupnya. Dan ada kalanya anda tidak sedar bahawa anda tidak menutupnya dengan sempurna dan hasilnya "masuk angin" dan merosakkan apa yang di simpan di dalam. 

Saya menyedari hal ini apabila pertama kali mengisi susu formula anak lelaki saya (3 tahun) untuk diserahkan pada nurseri. Dalam 2 hari selepas itu penjaganya memberitahu saya "Kak minta maaf. Susu masuk angin. Saya tak perasan tutup tak betul". Walaupun rasa sayang susu yang baru dibeli dah masuk angin tapi Alhamdulillah penjaga itu jujur memberitahu saya . Dan salah saya juga tak explain cara yang betul nak tutup OT Topper yang diberi

Untuk memastikan ditutup dengan betul dan mudah , anda perlu mencari TIGA ANAK PANAH yang terletak di atas seal OT Topper 


Setelah kedudukan seal betul di atas Topper, tekan titik tengah pertemuan ketiga-tiga anak panah ini menggunakan ibu jari  sehingga anda terdengar bunyi 'tap'. Ini menandakan Topper telah ditutup sempurna (boleh check sekeliling seal kalau nak pastikan)

Selain itu juga OT Topper mempunyai ciri ' liquid- tight'. Secara teorinya saya tahu dari mama saya (pengguna tegar Tupperware since 80an) dan secara praktikalnya saya pernah mengalaminya baru-baru ini. Kebiasaannya saya akan menyimpan lebihan sup anak-anak pada malam hari di dalam Tupperware untuk dimasukkan dalam fridge. Suatu pagi (Sabtu) di saat saya sedang kelam-kabut di laundry area di belakang tak perasan ada kucing berkaki dua (my beloved son hehehe) membuka fridge mencari sup kegemarannya. Mungkin bila dah dapat sup yang dicari , tiba-tiba dia terdengar lagu permulaan siaran TV kegemarannya (Jim Jam and Sunny Astro Ceria) berkemundang di TV. Terus dia tinggalkan sup dan berlari ke atas. Apabila saya melangkah ke dry kitchen yang saya nampak ialah pintu peti ais yang terbuka luas, suara Aqil menyanyi-nyanyi bersahut-sahutan dengan suara Dini di ruang tamu atas dan OT Topper Junior berisi sup yang tertonggeng di depan pintu peti ais .
Gambaran semula posisi OT Topper Junior yang ditinggalkan Aqil

Aduh...mujurlah mama guna OT Topper nak. Kalau tak tak pasal-pasal nak mengemop lantai dry kitchen yang di basahi sup.

0 ulasan:

Post a Comment