Ini adalah set Legacy Floria Microwaveable saya. Usianya lebih tua dari anak sulung saya kerana ia adalah pemberian mama saya (again) sempena wedding kami (2006) . Sejak berkahwin saya memang menggunakannya hampir setiap hari untuk hidangan keluarga dan tetamu. Antara sebab saya sukakan set ini
1) Ringan
2) Punya penutup (senang nak simpan dalam fridge)
Legacy Floria dalam fridge. Di sebelah ialah Rock and Serve (also microwaveable)
3) Microwaveable
Kalau nak panaskan makanan dari fridge boleh masukkan terus dalam microwave
Kalau nak panaskan makanan dari fridge boleh masukkan terus dalam microwave
4) Pastinya tidak pecah kalau jatuh ke lantai
Makan bersama anak-anak memang menyeronokkan tetapi haruslah bersabar dan bertahan dengan kerenah mereka. Sekejap berdiri atas kerusi, sekejap panjat meja. Jadi saya harus bersedia dengan apa-apa sahaja kemungkinan. Jika ditakdirkan ada hidangan yang tumpah saya hanya perlu bersedia fizikal dan mental (huhu..sabar..sabar..) untuk mengemop lantai tanpa perlu memikirkan untuk mengutip kaca-kaca yang bertaburan (jika makan guna set kaca)
Penggunaan hampir setiap hari selama 3 tahun lebih
5) Design yang elegance
Saya juga tak segan-segan nak hidangkan makanan pada tetamu menggunakan set ini di samping praktikal (kalau hidangan dah sejuk boleh masuk sekejap dalam microwave untuk panaskan)
Alhamdulillah dimurahkan rezeki bulan lepas saya beli set yang baru (kebetulan set Legacy ni ada diskaun pada bulan itu). Buat masa sekarang Tupperware hanya keluarkan set berwarna oren. Lepas ini set yang lama hanya untuk kegunaan harian dan set yang baru untuk tetamu.
Set baru yang masih dalam kotak sebab setakat ni belum ade tetamu lagi. hehehe
Bila my mama dapat tahu saya beli set baru, dia hadiahkan (again) lagi dua item untuk match dengan set berwarna oren saya. Thank you mama..I love u so much..
0 ulasan:
Post a Comment