Oleh kerana saiz keluarga saya masih kecil (dan anakanak juga masih kecil) maka saiz yang kecil amat efisyen bagi saya. Seekor ayam yang telah dibasuh saya asingkan kepada beberapa FreezerMate bersaiz kecil. Bila pulang bekerja mudah untuk saya menyahbekukan kuantiti yang perlu untuk di masak sahaja. Makan laut seperti sotong dan udang saya akan potong kecil-kecil dan terus masuukan ke FreezerMate kecil. Ikan pula sesuai dimasukkan dalam FreezerMate bersaiz leper.
Stok hujung minggu
Saiz yang lebih besar saya gunakan untuk masakan hujung minggu. Ini kerana pada hari Sabtu dan Ahad saya akan masak lauk pada waktu pagi untuk sarapan dan makanan tengahari (dan kadangkala untuk makan malam juga jika masih berbaki). Ini kerana apabila Mr Hubby keluar untuk kelas MBA nya saya memang tidak ada peluang untuk menjejakkan kaki ke dapur. Melayan anak-anak lebih penting kerana dalam usia setahun dan tiga tahun mereka masih belum faham apa yang bahaya apa yang tidak ditambah puladengan simptom separation anxiety (si abang yang tiga tahun pun kalau saya ke dapur terkedek-kedek ikut belakang walaupun dah dipesan supaya duduk main bersama adik. Meraunglah adik bila sedar ditinggalkan seorang diri)
Antara keistimewaan FreezerMate :
- Specially designed base prevent slipping. Rounded corners and recessed bottoms allow cold air circulation around stackable container for fast freezing
- Clear window allow for fast identification of content
- Flexible seal with tab for easy removal
VIDEO DARI YOUTUBE
0 ulasan:
Post a Comment