Wednesday, March 24, 2010

Garlic-N-All Keeper

Ini adalah Garlic-N-All Keeper kepunyaan saya yang saya beli dengan duit sendiri (Ada sebab ya kenapa saya tulis beli dengan duit sendiri). Saya gunakan untuk menyimpan bawang, bawang putih dan juga ubi kentang. Antara ciri-cirinya 

  1. Innovative, angled lid allows for easy retrieval. Containers stack up modularly to save space
  2. Transparent walls let you identify contents quickly
  3. Innovative storage that keeps creepy crawlies out
  4. Ventilated lid allows air to circulate to minimise condensation and odour problems
(source : Catalogue Tupperware)



Gambar di bawah pula ialah set Garlic-N-All Keeper milik saya tapi bukan dibeli dengan duit sendiri. Ia adalah sumbangan mama saya sempena hadiah masuk rumah baru (Alhamdulilllah kami berpindah ke rumah sendiri September 2009)


Set pemberiannya mama saya tutupnya berwarna merah dan agak besar sedikit. Mungkin pada entry yang lepas atau entry-entry akan datang anda akan banyak kali melihat perkataan "pemberian mama saya". Ya...saya harus berikan credit kapada mama saya yang tersayang kerana boleh dikatakan separuh koleksi Tupperware saya ialah pemberian darinya. Mama saya pengguna dan konsultan Tupperware sejak awal 80an. Bukan saya meminta-minta (tambahan lagi bila dah bekerja punya wang gaji sendiri). Tapi setiap kali pulang ke Taiping atau bila mama datang melawat kami di Subang ada sahaja Tupperware baru yang dia bagi. Bila saya nak bayar ada saja alasan dia menolak. Ini hadiah masuk rumah la, hadiah besday saya la, hadiah untuk cucu-cucunya lah dan lain-lain (Oh ye, rice dispenser Tupperware berwarna putih di tepi itu juga pemberian my mama sempena my wedding pada tahun 2006 sebab itu designnya berlainan dengan rice dispenser sekarang)

Berbalik kepada Garlic-N-All Keeper, oleh kerana saya telah punya 1 set untuk menyimpan bawang dan kentang, maka set kedua ini saya gunakan untuk menyimpan instant drinks seperti 3 in 1 milo, Radix HPA, instant oat dan lain-lain. 


Mudah untuk mengenalpasti kandungan di dalamnya dan lebih teratur. Milo dan Oat saya masukkan dalam satu bekas sementara Radix dan lain-lain dalam satu bekas. Kadangkala bila study  sehingga lewat malam hubby suka turun ke dapur untuk buat minuman panas sendiri. Senang sikit dia nak cari minuman pilihannya ( you know guys. Kalau cari barang tak jumpa boleh sepah satu dapur..hehehe)

OT Topper dan OT canister (Part 1)

OT topper dan OT canister adalah salah satu produk favourite saya . Ini kerana ciri utamanya kedap udara. Walau bagaimanapun untuk memastikan produk ini kedap udara, seal perlu ditutup dengan betul. Bagi pengguna tupperware buat pertama kali pasti anda akan merasa sedikit kesukaran untuk menutupnya. Dan ada kalanya anda tidak sedar bahawa anda tidak menutupnya dengan sempurna dan hasilnya "masuk angin" dan merosakkan apa yang di simpan di dalam. 

Saya menyedari hal ini apabila pertama kali mengisi susu formula anak lelaki saya (3 tahun) untuk diserahkan pada nurseri. Dalam 2 hari selepas itu penjaganya memberitahu saya "Kak minta maaf. Susu masuk angin. Saya tak perasan tutup tak betul". Walaupun rasa sayang susu yang baru dibeli dah masuk angin tapi Alhamdulillah penjaga itu jujur memberitahu saya . Dan salah saya juga tak explain cara yang betul nak tutup OT Topper yang diberi

Untuk memastikan ditutup dengan betul dan mudah , anda perlu mencari TIGA ANAK PANAH yang terletak di atas seal OT Topper 


Setelah kedudukan seal betul di atas Topper, tekan titik tengah pertemuan ketiga-tiga anak panah ini menggunakan ibu jari  sehingga anda terdengar bunyi 'tap'. Ini menandakan Topper telah ditutup sempurna (boleh check sekeliling seal kalau nak pastikan)

Selain itu juga OT Topper mempunyai ciri ' liquid- tight'. Secara teorinya saya tahu dari mama saya (pengguna tegar Tupperware since 80an) dan secara praktikalnya saya pernah mengalaminya baru-baru ini. Kebiasaannya saya akan menyimpan lebihan sup anak-anak pada malam hari di dalam Tupperware untuk dimasukkan dalam fridge. Suatu pagi (Sabtu) di saat saya sedang kelam-kabut di laundry area di belakang tak perasan ada kucing berkaki dua (my beloved son hehehe) membuka fridge mencari sup kegemarannya. Mungkin bila dah dapat sup yang dicari , tiba-tiba dia terdengar lagu permulaan siaran TV kegemarannya (Jim Jam and Sunny Astro Ceria) berkemundang di TV. Terus dia tinggalkan sup dan berlari ke atas. Apabila saya melangkah ke dry kitchen yang saya nampak ialah pintu peti ais yang terbuka luas, suara Aqil menyanyi-nyanyi bersahut-sahutan dengan suara Dini di ruang tamu atas dan OT Topper Junior berisi sup yang tertonggeng di depan pintu peti ais .
Gambaran semula posisi OT Topper Junior yang ditinggalkan Aqil

Aduh...mujurlah mama guna OT Topper nak. Kalau tak tak pasal-pasal nak mengemop lantai dry kitchen yang di basahi sup.

Thursday, July 23, 2009

Gift box


Bagi barangan tupperware, set-set tertentu didatangkan dengan gift box yang cukup cantik. Oleh itu anda tidak lagi perlu pening-pening mencari kotak , pembalut hadiah mahupun selotape untuk membalutnya. Gambar di atas adalah Modular Mate Starter set. Saya cuma menghiasnya dengan riben organza yang sememangya sentiasa saya simpan di rumah (harga 1 gulung less dari RM20). Sangat mudah. Sesuai untuk hadiah hari lahir, perkahwinan mahupun cenderamata korporat (anda tidak akan segan dan penerima akan tersenyum kerana tupperware sememangnya produk yang terkenal).
Set-set lain yang disertakan dengan gift box bagi campaign 1 july-15 august
  1. Homebasic collection
  2. Rice dispenser
  3. MM Essential Set
  4. MM Rectangular Set
  5. MM Starter Set
  6. FreezerMate Essential Set
  7. FreezerMate Medium Set
  8. Freezermate Starter Set
  9. Elegant Round
  10. Legacy floria microwaveable serving set
  11. Square round gift set